Forum Perdana Hal Ehwal Islam

September 14, 2018 in Aktiviti Semasa

Forum Agong6 SETTEMBER 2018 ( Khamis )  – Keharmonian dan permuafakatan diantara pelbagai kaum dapat dilestarikan seandainya semua warganegara Malaysia dapat menghayati konsep kedua dalam Rukun Negara iaitu Kesetiaan kepada Raja Dan Negara.

Begitulah diantara rumusan yang dapat diambil dalam Forum Perdana  Hal Ehwal Islam  sempena Hari Keputeraan  Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Forum ini merupakan program kerjasama di antara Pusat Pentadbiran Zon 3 JAWI dan Masjid Jamek Kampong Baru. Program ini telah bermula seawal jam 6.45 petang dengan bacaan Yaasin , Doa Selamat dan Bacaan Tahlil Arwah. Acara kemuncak iaitu Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertemakan “ Daulat Diperkasa “ dimulakan tepat jam 8 malam.

Read the rest of this entry →

Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018

September 14, 2018 in Aktiviti Semasa

jamuan raya23 OGOS 2018 - Sebagai membesarkan dua perayaan Utama umat Islam , Masjid Jamek Kampong Bharu melalui Biro Perayan telah melaksanakan Majlis Silaturrahim Aidil Adha 1439H/2018 bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

 

Program yang tahun ke-2 diadakankan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara Ahli Jawatankuasa Masjid dengan anak kariah di samping meraikan semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kurang bernasib baik untuk sama-sama berkongsi kegembiraan dalam menyambut Hari Raya Aidil Adha.

  Read the rest of this entry →

Program Qurban 1439H/2018M

August 29, 2018 in Aktiviti Semasa

22 OGOS 2018 – Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan Program Qurban2Qurban 1439H/2018M bertempat di perkarangan Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

 

Sebanyak 12 ekor Lembu dan 7 ekor kambing telah disembelih untuk tujuan Ibadah Korban. Kira-kira 35 orang petugas terdiri dari pelbagai peringkat umur tua mahupun muda bersama-sama menjayakan program tersebut. Sebanyak 700 bungkus daging korban diedarkan kepada orang ramai.

Read the rest of this entry →

Program Bual Bicara Bersama Ustaz Kita

August 14, 2018 in Aktiviti Semasa

20180811_20020211 OGOS 2018 - Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu telah menganjurkan program “Bual Bicara Bersama Ustaz Kita” bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Jamek Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

  Read the rest of this entry →

Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu

August 2, 2018 in Aktiviti Semasa

IMG_503920 Julai 2018 – Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Bharu telah mengadakan Program Summer Camp 2.0 peringkat masjid Jamek Kampong Bharu.

Summer Camp 2.0 ini merupakan lanjutan dari Summer Camp 1.0 yang lalu, di mana ia melibatkan seramai 155 orang peserta terdiri dari pelajar-pelajar Tahun 6 dari SK Kampong Bharu dan SK Jalan Raja Muda. Sesi pendaftaran pelajar telah bermula seawal jam 5.30 petang pada 20 Julai 2018.

Read the rest of this entry →

Program Ceramah Kesihatan

November 8, 2017 in Aktiviti Semasa

Program Kesihatan Masjid Jamek Kampung Bharu04 November 2017 – Hospital Pakar Al Islam dengan kerjasama Masjid Jamek Kampong Baru telah menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk ” Menyingkap Kerahsiaan Wanita , Menopause , Persediaan Mental & Fizikal ”

Pendaftaran program ini telah bermula seawal jam 8 – 9 pagi di Dewan Serbaguna Masjid Jamek Kampong Baru.

Read the rest of this entry →

Kunjungan Hormat Lawatan Sambil Belajar dari AJK Masjid Kampong Berjaya

September 25, 2017 in Aktiviti Semasa

WhatsApp Image 2017-09-17 at 17.36.25.jpeg lawatan 1

17 September 2017 –  Pihak Masjid Jamek Kampong Baru telah menerima Kunjungan Hormat Lawatan Sambil Belajar dari AJK Masjid Kampong Berjaya , Alor Setar

Delegasi ini melibatkan 10 orang tetamu yang terdiri daripada Pengerusi , wakil Jawatankuasa dan wakil jemaah dari Masjid Kampong Berjaya. Antara objektif lawatan sambil belajar ini ialah untuk melihat struktur pentadbiran yang diamalkan di Masjid Jamek Kampong Baru untuk dipraktikkan di Masjid Kampong Berjaya

Read the rest of this entry →

Program Summer Camp 3.0

August 17, 2017 in Aktiviti Semasa

Program-Summer-Camp-211 Ogos 2017 – Biro Pendidikan Masjid Jamek Kampong Baru telah mengadakan Program Summer Camp 3.0 Peringkat Masjid Jamek Kampong Baru selama 3 hari 2 malam bertempat di Masjid Jamek Kampong Baru.

Program ini merupakan lanjutan dari Summer Camp 1.0 & 2.0 yang turut berlangsung di Masjid Jamek Kampong Baru Program ini melibatkan pelajar-pelajar Tahun 6 dari SK Kampong Baru dan SK Jalan Raja Muda seramai 141 orang peserta. Sesi pendaftaran bermula seawal jam 530 petang pada 11 Ogos 2017.

Read the rest of this entry →