khairat-kematian

front-divider

Syarat dan PeraturanKeistimewaan yang ditawarkanCara PenyertaanPengesahan Keahlian
  • Terbuka kepada individu dateen jemaah Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap.
  • Perserta dari kalangan anak qariah Kampong Bharu diberi keutamaan.
  • Kelayakan umur ahli adalah antara 18 – 69 tahun pada tarikh lahir yang akan datang.
  • Kelayakan bagi ahli yang melebihi umur 70 tahun dilindungi (di bawah Khairat Masjid sahaja)
  • Kelayakan umur kanak-kanak adalah antara 3 minggu – 18 tahun (boleh dilanjutkan hingga umur 23 tahun yang masih belajar di universiti/kolej).
Kategori umur 18 tahun hingga 69 tahun

  • Khairat Kematian Masjid Jamek Kampong Bharu ini bergabung dengan Syarikat Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. dalam menguruskan tuntutan khairat kematian.
  • Ahli yang menyertai Khairat Kematian Masjid Jamek Kampong Bharu adalah merupakan ahli Khairat Takaful Ikhlas.
  • Ahli akan menerima manfaat sebanyak RM 2,000.00, manakala pasangan dan anak ahli (sehingga 3 orang) akan menerima manfaat sebanyak RM 1,000.00.

 

front-divider

Kategori umur melebihi 70 tahun (warga Emas)

  • Ahli yang menyertai Khairat Kematian Masjid Jamek Kampong Bharu akan dilindungi di bawah Khairat Masjid sahaja.
  • Ahli dan pasangan akan menerima manfaat sebanyak RM 800.00.
Isikan Borang Keahlian Badan Khairat Kematian dan Borang Aqad Khairat Takaful (dilampirkan bersama salinan kad pengenalan ahli dan tanggungan)

Yuran tahunan yang dikenakan adalah seperti berikut:-

Pendaftaran Ahli Baru (untuk sekali sahaja)RM 10.00
Kategori umur 18 – 69 tahun*RM 60.00
Kategori Warga Emas melebihi umur 70 tahunRM 60.00

* termasuk premium tahunan Khairat Takaful

Proses Pengesahan Keahlian adalah selepas tiga (3) bulan setelah mendapat kelulusan daripada syarikat Takaful Ikhlas.

Khairat Kematian MJKB akan mengemukakan seperti berikut:-

  • Resit Rasmi
  • Surat Pengesahan Keahlian (tertera No. keahlian).

Cara Membuat Tuntutan