BENARKAH TIADA DALIL KATA KEPALA ADALAH AURAT ?

January 9, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Assalamualaikum admin.. sy ad satu soalan berkenaan aurat..

umum mengetahui standard aurat bagi wanita skrg..

namun sy ada berbual dgn golongan liberal dan feminis yang menuntut diperincikan semula bahagian2 aurat wanita mengikut dalil Al-Quran dan hadith.

terutama yang berkaitan rambut wanita sebahagian dari aurat..

setakat pembacaan x seberapa sy.. sememangnya tiada dalil atau hadith yang menjurus terus kepada rambut sebagai aurat.

mohon bantuan admin atau ustaz untuk tunjukkan sy dalil rambut sebagai aurat agar sy berdalil menjawab mereka..
sekian.. jzzk

soalanjawapan

 

Jawapan:

Assalamualaikum.
Hujah mereka tiada dalil menunjukkan bahawa mereka sangat jahil dalam B.Arab. Rambut sebagai aurat tidak dibahaskan dalam hadis atau di kalangan sahabat kerana pendalilannya sangat jelas dalam al-Quran.

1-
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
(31)

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang [biasa] nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita mereka, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan [terhadap wanita] atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
[An-Nur : 31]
Lihat firman Allah:

وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya,

Dalam ayat ini, Allah menggunakan perkataan khimar. Khimar bermaksud penutup kepala. Oleh itu, dalam ayat ini Allah menyampaikan bahawa khimar itu tidak cukup sekadar menutup kepala, bahkan hendaklah dilabuhkan hingga menutupi belahan dada.

Kenapa Allah tidak menyebutkan isu rambut atau kepala di sini? Kerana Allah sudah menyebut perkataan Khimar. Apabila disebutkan khimar, maka secara automatik ia bermaksud penutup kepala, sehingga ia tidak perlu lagi dibahaskan.

Oleh sebab itu, para sahabat wanita apabila turunnya ayat menyuruh menutup aurat, terus mereka mengambil kain untuk menutup kepala mereka kerana mereka faham maksud khimar itu apa.

2- Bahkan aurat kepala wanita ini adalah ijma’/kesepakatan ulama.
Ijma’ juga merupakan salah satu sumber hukum dalam Islam. Tiada seorang pun ulama zaman sahabat, dan zaman awal Islam berbeza pendapat dalam hal ini.

Wallahua’lam.





Maklumat Lain anda patut baca..

HUKUM HABISKAN BACAAN AL-FATIHAH KETIKA IMAM SUDAH... Soalan : Berkenaan dengan bacaan surah al-fatihah ketika solat berjamaah, perlukah seseorang makmum itu menghabiskan bacaannya sekiranya imam telah r...
INGIN BERPUASA SETAHUN. Assalamualaikum,   Adakah dibenarkan untuk berpuasa sepanjang tahun kecuali hari hari yang diharamkan utk berpuasa spt hari raya pertama , ...
ADAKAH SOLAT TAUBAT HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA 1/3... Assalamualaikum ustaz..sy nk tny..benar ke solat taubat hanya boleh dilakukan pd sepertiga mlm shj?..boleh kah dibuat lepas solat fardhu?.. &nb...
MESIN BASUH Assalamualaikum Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongs...
BOLEH KE MUSLIM MEMAKAI JERSEY YANG ADA LAMBANG SA... Assalamualaikum Wrth ustaz saya mahu bertanya, apakah hukum memakai pakaian atau jersey yang ada lambang salib / atau logo dan lambang arak? Wa...
SUDAH SOLAT SENDIRIAN KEMUDIAN ULANG SOLAT SECARA ... Asalamualaikum Saya ingin tahu adakah jika saya solat Subuh dirmh setelah Azan selesai di surau...setelah saya selesai Solat saya terdengar muazzin...