BENARKAH AMALAN SUNAT DALAM RAMADHAN SAMA DENGAN AMALAN WAJIB DI LUAR RAMADHAN?

May 31, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Mohon pengesahan hadith dibawah. Terima kasih.


” Dalam bulan biasa, pahala setiap kebajikan dilipatgandakan 10 kali lipat, namun dalam bulan Ramadhan pahala amalan wajib dilipatgandakan 70 kali lipat dan amalan yang sunah disamakan dengan pahala amalan wajib di luar Ramadhan” (Hadith Riwayat Muslim)

soalanjawapan

Waalaikumussalam wbt.

1- Tidak wujud hadis sedemikian dalam Sahih Muslim.

Yang ada ialah yang begini:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلاَّ الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ . وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ .

Setiap amal anak Adam akan digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda sehingga 700 kali ganda. Allah berkata: Kecuali puasa, sesungguhnya ia milik Aku, dan Aku yang akan membalasnya. Orang yang berpuasa meninggalkan nafsu syahwat, dan makannya kerana Aku. Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan: 1- Kegembiraan ketika berbuka puasa dan 2- Kegembiraan ketika bertemu tuhannya. Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa lebih wangi di sisi Allah berbanding kasturi. [Sahih Muslim].

Hadis ini umum sama ada di luar atau dalam Ramadhan.

2- Riwayat yang menyatakan pahala amalan sunat dalam Ramadhan sama dengan wajib di luar Ramadhan adalah petikan daripada hadis yang sama yang turut menyebutkan

هو شهر أوله رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار

Ramadhan, bulan yang awalnya adalah Rahmat, pertengahannya adalah keampunan, dan akhirnya adalah pembebasan daripada api neraka.

Dalam riwayat ini disebutkan:

من تطوع فيه بخصلة من خصال الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه، ومن أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه

Sesiapa melakukan amalan sunat, pahalanya seperti sesiapa menunaikan amalan wajib di luar Ramadhan. Sesiapa menunaikan amalan wajib, maka seperti dia menunaikan 70 kewajipan di luar Ramadhan.

Teks penuh hadis dan sanad:
ثنا علي بن حجر السعدي ثنا يوسف بن زياد ثنا همام بن يحيى عن علي بن زيد بن جدعان عن سعيد بن المسيب عن سلمان قال : خطبنا رسول الله صلى الله عليه و سلم في آخر يوم من شعبان فقال : أيها الناس قد أظلكم شهر عظيم شهر مبارك شهر فيه ليلة خير من ألف شهر جعل الله صيامه فريضة و قيام ليله تطوعا من تقرب فيه بخصلة من الخير كان كمن أدى فريضة فيما سواه و من أدى فيه فريضة كان كمن أدى سبعين فريضة فيما سواه وهو شهر الصبر و الصبر ثوابه الجنة و شهر المواساة و شهر يزداد فيه رزق المؤمن من فطر فيه صائما كان مغفرة لذنوبه و عتق رقبته من النار و كان له مثل أجره منغير أن ينتقص من أجره شيء قالوا ليس كلنا نجد ما يفطر الصائم فقال : يعطي الله هذا الثواب من فطر صائما على تمرة أو شربة ماء أو مذقة لبن و هو شهر أوله رحمة و أوسطه مغفرة و آخره عتق من النار من خفف عن مملوكه غفر الله له و أعتقه من النار و استكثروا فيه من أربع خصال : خصلتين ترضون بهما ربكم و خصلتين لا غنى بكم عنهما فأما الخصلتان اللتان ترضون بهما ربكم فشهادة أن لا إله إلا الله و تستغفرونه و أما اللتان لا غنى بكم عنهما فتسألون الله الجنة و تعوذون به من النار و من أشبع فيه صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة 


[Sahih Ibnu Khuzaimah, no: 1887, beliau mengisyaratkan kedhaifannya dengan menyebut: Seandainya ia sahih (
باب فضائل شهر رمضان إن صح الخبر).

Hadis ini mungkar kerana :

Saya ingin jelaskan di sini bahawa menghukum hadis ini sebagai munkar kerana beberapa perkara:

i Bersendirinya Ali bin Zaid bin Jud’an dan dia daif. Ini sebenarnya sudah cukup untuk menilai riwayat ini sebagai munkar. Oleh itu, Syeikh al-Huwaini, Syeikh Syarif Hatim al-Auni, Syeikh Abdullah al-Sa’d dan pengkaji lain menilai hadis ini sebagai munkar.

ii. Manakala perawi-perawi yang meriwayatkan dari Ali bin Zaid:
– Iyas bin Abi Iyas: sanad ini munkar. Dinilai munkar oleh Abu Hatim kerana sebenarnya ia bukan riwayat Iyas tetapi Aban. Aban pula ialah perawi matruk yang terlalu daif. Maka riwayat ini tidak boleh dijadikan penyokong kerana terlalu daif bahkan ada ulama hadith semisal Ahmad bin Hanbal yang menganggap Aban adalah pemalsu hadith.

Jika benar ia Iyas dan penilaian Abu Hatim salah maka ia tetap munkar. Kata al-Zahabi dalam Mizan al-I’tidal:
Iyas bin abi iyas dari said bin musayyib tidak dikenali dan hadisnya munkar.

Kata al-Uqaili: Iyas bin Abi Iyas tidak dikenali juga dan hadisnya tidak terpelihara (munkar).

- Humam bin Yahya. Riwayat ini juga munkar dan terlalu daif kerana ia diriwayatkan dari jalur Yusuf bin Ziyad yang mana Abu Hatim dan al-Bukhari menyatakan dia sebagai perawi hadis munkar. Al-Nasaie mengatakan dia tidak boleh dipercayai. Maka ia jelas menunjukkan riwayat ini terlalu daif/munkar kerana beliau meriwayatkan hadis yang mana Ali bin Zaid telah bersendiri meriwayatkannya.

- Sallam bin Salm. Beliau perawi matruk. Kata Abu Nuaim: matruk (terlalu daif sehingga ditinggalkan riwayatnya) secara sepakat para ulama.

- Hakim bin Hizam. Sanad ini batil.