AIR ADA SEMUT, NAJIS KE?

January 9, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Assalamualaikum ..semut mati dlm air…adakah air itu dah jadi najis ???

soalanjawapan

 

Waalaikumussalam

Tidak. Bangkai haiwan yang tidak memiliki darah yang mengalir seperti lalat, lebah, semut dan sejenisnya, didasarkan kepada sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.

إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي إِحْدَى جَنَاحَيْهِ دَاءً وَالْأُخْرَى شِفَاءً

“Apabila seekor lalat hinggap di minuman salah seorang kalian, maka hendaknya ia menenggelamkannya kemudian membuangnya, Kerana, pada salah satu dari kedua sayapnya terdapat penyakit dan pada (sayap) yang lainnya (terdapat) ubatnya (penawar)”

[HR Bukhari no. 3320]

Wallahua’lam