ADAKAH SOLAT TAUBAT HANYA BOLEH DILAKUKAN PADA 1/3 MALAM SAHAJA?

January 9, 2017 in Artikel, Soalan & Jawapan

Assalamualaikum ustaz..sy nk tny..benar ke solat taubat hanya boleh dilakukan pd sepertiga mlm shj?..boleh kah dibuat lepas solat fardhu?..

soalanjawapan

 

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Abu Bakar al-Siddiq radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُومُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ يُصَلِّي ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلاَّ غَفَرَ اللَّهُ لَهُ ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الآيَةَ ‏:‏ ‏(‏وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ ‏)‏ ‏.‏

Tidaklah seseorang melakukan dosa, kemudian dia bangun mengambil wudhu, kemudian mendirikan solat, kemudian dia memohon keampunan Allah; melainkan Allah akan mengampuninya. Kemudian baginda membaca ayat ini: Iaitu orang-orang yang apabila mereka melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka mengingati Allah lalu mereka terus memohon keampunan untuk dosa-dosa mereka. Siapakah yang dapat mengampuni dosa-dosa itu kecuali Allah? Mereka tidak berterusan melakukan apa yang telah mereka lakukan, dan mereka mengetahui.

[Hadis ini diriwayatkan dalam Sunan Abu Daud (1521), Jami at-Tirmizi (3276)(406), dan Musnad Ahmad (47)(56) kesemuanya daripada jalan Uthman bin al-Mughirah daripada ‘Ali bin Rabi’ah daripada Asma’ bin al-Hakam daripada ‘Ali bin Abi Thalib r.a daripada Abu Bakar as-Siddiq r.a.

Imam at-Tirmizi menyatakan hadis ini hasan. Shaikh Syu’aib al-Arnaouth menyatakan isnadnya sahih. Begitu jua Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih.

Hadis ini menunjukkan pensyariatan solat sunat taubat.

Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk jua pada waktu yang dilarang solat. Ini kerana ia merupakan solat Dzawatul Asbab (solat yang mempunyai sebab) sebagaimana solat Tahiyatul Masjid, solat gerhana dan sebagainya.
Wallahua’lam.





Maklumat Lain anda patut baca..

HUKUM HABISKAN BACAAN AL-FATIHAH KETIKA IMAM SUDAH... Soalan : Berkenaan dengan bacaan surah al-fatihah ketika solat berjamaah, perlukah seseorang makmum itu menghabiskan bacaannya sekiranya imam telah r...
INGIN BERPUASA SETAHUN. Assalamualaikum,   Adakah dibenarkan untuk berpuasa sepanjang tahun kecuali hari hari yang diharamkan utk berpuasa spt hari raya pertama , ...
BENARKAH TIADA DALIL KATA KEPALA ADALAH AURAT ? Assalamualaikum admin.. sy ad satu soalan berkenaan aurat.. umum mengetahui standard aurat bagi wanita skrg.. namun sy ada berbual dgn golongan ...
MESIN BASUH Assalamualaikum Kalau tidak keberatan, saya ingin bertanyakan soalan yg bukan berkaitan hadis. Tapi ingin dapatkan kepastian, apakah hukum berkongs...
BOLEH KE MUSLIM MEMAKAI JERSEY YANG ADA LAMBANG SA... Assalamualaikum Wrth ustaz saya mahu bertanya, apakah hukum memakai pakaian atau jersey yang ada lambang salib / atau logo dan lambang arak? Wa...
SUDAH SOLAT SENDIRIAN KEMUDIAN ULANG SOLAT SECARA ... Asalamualaikum Saya ingin tahu adakah jika saya solat Subuh dirmh setelah Azan selesai di surau...setelah saya selesai Solat saya terdengar muazzin...