Kursus Kecemerlangan Pelajar “ Brain Linear Programming ”

April 19, 2013 in Aktiviti Semasa

brain-linear-programProgram ini dianjurkan oleh BIRO PENDIDIKAN MASJID JAMEK KAMPONG BHARU pada 20, 21 Mac 2013 dan 10, 11 dan 12 April 2013 bertempat di Dewan SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur.

Program dirasmikan/tetamu khas oleh Puan Radhiah Binti Muhammad (Pengetua SMK Puteri Wilayah).

Program disampaikan oleh penceramah/panel/moderator Sheikh Jefrizal Bin Jamaluddin dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan kehadiran lebih 377 orang dalam program tersebut. Semoga ilmu yang diperolehi memberikan manfaat, Insyallah.

Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4 & 5. Matlamat Kursus ini untuk membantu murid yang lemah bagi menguasai teknik belajar yang betul dan sistematik. Kursus berlangsung selama 5 sesi dalam masa 5 hari di Dewan SMK Puteri Wilayah, Kuala Lumpur. Read the rest of this entry →

SALAM UKWAH KUMPULAN MARHABAN WANITA TITIWANGSA

April 2, 2013 in Aktiviti Semasa

ISU-SEMASAProgram ini dianjurkan oleh Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Masjid Jamek Kampong Bharu pada 15 Mac 2013 selepas Solat Maghrib bertempat di Dewan Pangsapuri PKNS 17 Tingkat Kampong Bharu, Kuala Lumpur.

Program dirasmikan oleh Ybhg. Datuk Haji Johari Bin Abdul Ghani Timbalan Ketua Cawangan Umno Titiwangsa. Acara bermula dengan Solat Maghrib secara berjemaah dan dikuti dengan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w secara beramai-ramai.

Program disambung lagi dengan Ceramah yang bertajuk “ISU-ISU SEMASA DAN PANDANGAN DARI PERSPEKTIF ISLAM” yang dikupas oleh yang berbahagia Ustaz Khairul Amin Bin Madom.

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan kehadiran lebih 250 orang dalam program tersebut. Semoga ilmu yang diperolehi memberikan manfaat, Insyallah.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H / 2012M

April 1, 2013 in Aktiviti Semasa

IMG_0209

Majlis sambutan Maulidur Rasul 1434H / 2012M dianjurkan oleh Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu. Majlis ini berlangsung 21/03/2013 pada hari Khamis selepas solat Asar di dewan solat utama Masjid Jamek Kampong Bharu.

Majlis dibuka dengan persembahan qasidah dari Kumpulan Fatah Al Madah pada sebelah petangnya. Majlis disusuli dengan Bacaan Yasin dan Tahlil yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Azizi Bin Ab Hamid Al Hafiz pada jam 7 malam. Selepas Solat Maghrib acara kemuncak bagi program ini diteruskan dengan kuliah yang telah disampaikan oleh YBhg Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki.

IMG_0203

Fokus utama didalam kuliah yang disampaikan ialah mengenai bagaimana cinta Allah dan Rasul mampu membawa manusia meraih keterbilangan kehidupan didunia dan akhirat. Majlis tersebut berlangsung dengan jayanya dan berakhir sekitar 10:30 malam.

Alhamdulillah program berjalan lancar dengan kehadiran lebih 1500 orang jemaah dalam Majlis tersebut. Semoga ilmu dan tunjuk ajar yang disampaikan dapat memberikan manfaat dan teladan yang baik dalam hidup kita bersama, Insyallah. Read the rest of this entry →

Maulidul Rasul 1434H

April 1, 2013 in Galeri