PROGRAM BICARA ILMU 2012M /1434H

December 20, 2012 in Aktiviti Semasa

Program Bicara Ilmu 2012M / 1434H ini adalah Program anjuran bersama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Masjid Jamek Kampong Bharu (MJKB).Program ini berlangsung pada 23 Disember 2012 bermula dengan Qiamullai pada 4:30 pagi yang dibimbing oleh Ustaz Mohd Ghazali Ibrahim diiringi Solat Subuh berjemaah dan Kuliah Subuh.Pada jam 9:00 pagi pula program diteruskan dengan program Khusus untuk Wanita iaitu Bicara Wanita yang membicarakan perkara -perkara khusus untuk wanita yang dipanelkan oleh Dr Rubiah K. Hamzah, Ustazah Zawiyah dan Ustazah Hidayah. Pada jam 11:00 pagi berlangsungnya pula Forum Perdana Bicara Ilmu disampaikan oleh ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, Sham Kamikaze dan Heliza Helmi (AF5). Semua Program berlangsung di dewan solat utama Masjid Jamek Kampong Bharu.Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberikan manfaat dan pengajaran dalam hidup kita sebagai seorang muslim, Insyallah.

Read the rest of this entry →

Ceramah Ma’al Hijrah 1434H

December 6, 2012 in Pengumuman, Portfolio

 

CERAMAH MAAL HIJRAH 1434H / 2012 M

December 1, 2012 in Aktiviti Semasa

CERAMAH MAAL HIJRAH 1434H / 2012 M

Ceramah Maal Hijrah 1434H / 2012M dianjurkan oleh Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu. Ceramah ini berlangsung 8/12/2012 pada hari sabtu selepas solat maghrib di dewan solat utama Masjid Jamek Kampong Bharu.Ceramah di sampaikan oleh Ustaz Imam Muda Hizbur (Imam Muda Astro Musim Pertama) dan dimulakan dengan bacaan Al-Quran Oleh Qari Jemputan Ustaz Amirrahman Abbas (Juara Qari Antarabangsa 2011).Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan diserikan lagi dengan kehadiran lebih 400 orang jemaah dalam ceramah tersebut. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberikan manfaat dalam hidup kita bersama, Insyallah.

Read the rest of this entry →