Kursus Haji dan Umrah 15 Siri 2012

October 17, 2012 in Aktiviti Semasa

Kursus Haji dan Umrah 15 Siri 2012

 

Kursus Haji dan Umrah 15 siri Masjid Jamek Kampong Bharu 1433H/2012M anjuran Biro Dakwah Masjid Jamek Kampong Bharu dengan kerjasama CS Holiday sdn bhd telah berakhir pada 9 jun 2012. Kursus haji ini telah dihadiri oleh 90 orang peserta sepanjang 15 siri kursus ini berlangsung. Majlis perasmian penutup berlangsung pada 9 Jun 2012 pada jam 9.00am – 11.00am bertempat di dewan solat utama Masjid Jamek Kampong Bharu. Program dimulakan dgn ucapan Pengerusi Biro Dakwah, diringi ucapan oleh Pengurus Besar CS Holiday sdn bhd. Majlis dirasmikan oleh Dato’ Pengerusi Masjid Jamek Kampong Bharu. Dato’ Pengerusi Masjid Jamek Kampong Bharu didalam ucapan beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembimbing kursus haji bagi musim ini iaitu ustaz Kamal Bin Nasir yang telah banyak mencurahkan pengetahuan dan pengalaman beliau kepada para peserta. Majlis ini berlangsung dengan jayanya.”

Read the rest of this entry →

Sumbangan Untuk Aktiviti Ramadhan 1433H

October 17, 2012 in Pengumuman, Portfolio

 

 

Kepada mana-mana Anak Kariah @ Jemaah Masjid Jamek Kampong Bharu yang ingin membuat sumbangan ikhlas semperna Bulan Ramadhan yang bakal tiba, boleh berjumpa Ustaz Halim di Pejabat Masjid Jamek Kampong Bharu.

SENARAI HARGA UNTUK SUMBANGAN SEPANJANG RAMADHAN 1433H/2012M:

  • BUBUR LAMBOK : RM 450.00 (1PERIUK)
  • JAMUAN BERBUKA PUASA : RM 3200.00 (RM8.00 X 400 ORANG)
  • MOREH : RM 3.50 (2 KETUL KUIH & AIR) @ RM 4.50 (NASI LEMAK@MEE@ MIHUN, KUIH & AIR)
  • TAHLIL : SUMBANGAN IKHLAS